Tuesday, November 6, 2012

A Time for US.....

A time for us someday there'll be.When chains are torn by courage born of a love that's free. A time when dreams so long denied. Can flourish as we unveil the love we now must hide. A time for us at last to see. A life worthwhile for you and me. And with our love through tears and thorns. We will endure as we pass surely through every storm. A time for us someday there'll be. A new world, a world of shining hope for you and me
A time for us at last to seeA life worthwhile for you and me
And with our love through tears and thorns. We will endure as we pass surely through every storm. A time for us someday there'll be...............  A new world, a world of shining hope for you and me...

 Sebuah dunia baru, dunia bersinar untuk kau dan aku...
 
 

Sunday, November 4, 2012

Teruskan berdoa..

4 Nov 2012 

Teringat lagi dulu-dulu.. Bila kita solat dan berdoa.. Kenapa susah Allah mahu makbulkan?? Kenapa apa yang kita minta tak pernah termakbul.. Sehingga sampai satu tahap itu, aku akur, pasrah dan sedikit memberontak.. Aku tinggalkan segala suruhanNya.. Tanda protes.. Hal sedemikian, membuatkan aku terus tidak nampak jalan mana aku harus lalui.. Susahnyer.. Sehingga aku akur yang aku ini hanyalah hambaNya.. Mungkin ada sedikit kesalahan dalam permintaan aku..

Sekarang.. Aku berusaha menjadi yang terbaik.. Walaupun tidak sepenuhnya baik, sekurangnya aku berusaha menjadi ke arah itu.. Terima kasih Ya Allah.. CEKALkan hati hambaMu ini untuk terus beribadah kepadaMU.. tiada lagi tangisan kesedihan, semoga perjalanan aku terus menimba ilmu berterusan.. Terima kasih Ya Allah..

Kebelakangan ini banyak perkara aneh yang berlaku.. Nak rasa aneh tapi itu yang aku inginkan.. Aku disini yang masih mengungkai seribu rahsia masih belum temui apa-apa jawapan.. Mencari dimana akarnya.. Masih bernafas dalam lumpur yang dalam.. Sukarnya.. Disaat inilah teman seperjuangan diperlukan untuk mengangkat aku.. Tidak kiralah kurus, gemuk, hitam dan putihnya beliau..

Setidaknya, setiap gerak geri aku akan menjadi penguat aku untuk terus bertahan.. Bila lagi akan begini..

Bila lihat orang ramai berkasih-sayang.. Aku tersenyum tapi aku menjadi tidak tentu arah.. Adakah betul perjalanan berseorangan yang aku pilih.. Sangat menyakitkan.. Bila lihat kawan-kawan bahagia dengan pasangan masing-masing, aku tertanya lagi.. Bila aku akan sebahagia mereka.. Mungkin 4 tahun lalu aku telah membuang kebahagiaan aku dengan sia-sia, maka ia takkan kembali lagi.. Mungkinkah?? :'(

Betul kata orang, kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai.. Kalau takut dugaan yang mendatang, teruskan usaha tingkatkan keimanan.. Bukan hanya berserah bulat-bulat..

CINTA membuat dua manusia menjadi satu.. CINTA juga yang membuat 2 jiwa menjadi kuat.. TAPI ingat, CINTA bukan untuk menujukkan kehebatan diri.. Salah.. CINTA juga bukan untuk kita menyerah kalah.. CINTA juga bukan untuk kita menjadi bahan dalam ujukaji kehiidupan.. Sungguh bahaya sesuatu yang bernama CINTA..


*Akhirnya cuti aku tidak kosong kerana diisi dengan kursus food prosessing.. Maafkan aku teman-teman kerana tidak dapat mengenjoykan diri sepanjang cuti ini.. Aku lagi sibuk!!

Thursday, October 25, 2012

AidilAdha + Cuti = Masalah

25 October 2012

Cuti midterm sedang berlaku sekarang ni.. Biasanya bila cuti student akan bergembira sama seperti aku.. Tapi kali ini seolah-olah tiada apa-apa yang menarik untuk aku berasa gembira.. Masalah demi masalah dan permainan perasaan yang datang kepada aku.. Tiada kudrat aku nak melawan ini semua.. Tiada sokongan dan tiada peneman untuk aku setiap kali aku terjatuh.. Jatuhan kali ini benar-benar membebankan aku.. Sehingga aku tidak mampu lagi untuk berdiri.. Ya Allah, aku adalah hambaMu yang tersangat lemah.. Dugaan Mu cukup kuat kali ini..

Hari Raya
Hari raya Qurban.. Tak lama lagi.. Mungkin esok.. Sangatlah dinantikan semua.. Persiapan yang sangat lengkap dari semua orang.. Macam kami, tiada apa-apa yang menarik.. Cuma kali ini berbeza, sebab kami tak menyambut bersama Abah tersayang yang sekarang berniat haji di Makkah.. Tinggalah dirumah Syurga ini Ma dan Adik perempuan aku.. tapi seperti sebelum ini, masih tiada apa yang special.. Hurm.. Mungkin lagi special jika ada orang tersayang dinegeri tersayang ini.. Menyambut raya bersama-sama.. Mungkin suatu hari nanti..

Cuti
Hurm.. Cuti yang paling kosong aku pernah rasakan sepanjang aku menjadi pelajar.. Tidak pernah sebelum ini jiwa terasa kosong.. Balik tanpa senyuman.. Tapi tipulah tanpa gembira kan.. Bertemu keluarga tercinta.. Ataupun cuti ini akan tidak menjadi kosong kalau ada kawan-kawan yang pernah tinggal diTerengganu dulu..

Kawan-kawan
Aku.. Berdosa.. Kawan lama aku tinggalkan demi kawan-kawan baru.. Bila tiada kawan-kawan baru, barulah aku mencari mereka.. jahat kan.. Aku sedar kejahatan aku tuh.. Cuma aku terpaksa sekali lagi memilih antara dua kebahagiaan.. Mereka memberi aku cinta, bahagia, suka dan duka bersama-sama.. Mana bisa aku tinggalkan mereka..
Kawan-kawan baru..
Sejak mereka pergi dari negeri aku, alah terasa kosong yer negeri ini.. Tiada lagi gelak tawa yang pernah membuat negeri ini hidup selama tiga bulan.. Tapi sekarang, sepanjang perjalanan aku pulang keTerengganu, terbayang mereka ditempat-tempat yang pernah kami lawati.. Ya Allah, rindunya.. Mungkin ini menyebabkan cuti aku terasa kosong kali ini.. :'(
Kawan-kawan lama
Maafkan aku.. Bukan niat untuk melupakan.. Aku tetap rindu mereka.. Merekalah yang ada tika aku dalam gentir.. Susah bersama-sama, senang bersama-sama.. Sebab.. Dari kecil lagi kita tak pernah bertelingkah.. Menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.. Bila duduk sorang-sorang, terkenang cita-cita kita.. Dulu.. Selalu berebut nak jadi cikgu.. Siapa yang jadi murid tu siaplah kena belajar.. Hahaha.. Sampai semua nak jadi cikgu.. Ada masa tuh bilangan cikgu ramai dari muridnya.. Hahahha.. Aku rindu.. Bila kita besar sikit banyaklah perancangan kita kan.. Masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri.. Nak jumpa pun dah susah.. Tapi antara kita, aku tunggu siapa yang kawin dulu.. Hahaha.. Aku tunggu.. Aku mau jadi yang terakhir.. Hehehehe.. Kenangan yang paling buat aku teringat adalah masa kita dah nak berpisah.. Aku, dia, dia dan dia akan bertukar sekolah.. Tingkatan 4 tinggalah dia seorang diri disekolah lama.. tapi kami tetap berhubung.. Kalau balik hujung minggu tak sah tak lepak sampai pagi kat tangga rumah.. :'(

Kawan, jangan biarkan tangan saya tergapai keseorangan dijalanan yang penuh dengan duri kematian..

Tapi Allah selalu ada untuk HambaNya yang tidak pernah melupakanNya.. 

Kalaulah saya dapat kembali pada masa lalu saya.. :'(

Saya akan ubah masa depan saya..

Sebab, mereka akan menarik saya jika saya lalai.. :"(

"Salam Lebaran Aidil Adha" - Israr Mainong