Wednesday, December 2, 2009

Aku dan… Part 1

Carta episode pertama ini aku akan menampilkan 5 orang personality ini dahulu.. Nak tahu baca lah yer.. Yang tak ada lagi tunggu yer.. Pasti nama anda akan naik punyer.. hahaha..

Aku dan Akim
Pemenang tempat ke3 Akademi Fantasia 7 ni seorang yang ok la bagi aku.. Macam tak ngam ngan umurnya.. Umur masih muda tapi perwatakkan yang dibawa olehnya seolah-olah dia dah lama matang dalam dunia ni.. Aku mengenali Akim nie secara tak sengaja.. Masa aku tengok AF7 minggu kelima aku tengok dia wat persembahan.. Tak kurang hebatnya budak nie aku kata.. Tapi macam susah jew nak naik nanti.. Mula-mula jangkaan aku.. Sambil aku lepak-lepak kat umah maklumlah cuti sem aku secara tak sengaja sekali lagi membuka blog budak nie yang dikendalikan seorang penulis blog khas untuk Akim.. Oh baru aku kenal dia nie.. Ramai peminat pompuan.. Hahaha.. Aku layan jew.. Then bila berakhirnya demam AF aku tak sengaja sekali lagi gatal-gatal hantar mesej kat laman sosial budak nie.. Ingat ke tak berbalas.. Ada jawapan jugak.. Hahaha.. Masa tu la kami kenal dan aku menghargainya sebagai seorang kawan dan seorang artis yang aku akan sokong.. Itulah Akim.. Seorang yang tak pernah putus asa.. Kini dia dah pong Berjaya mengukir kejayaan di alam selebriti.. Sebut je Afiq Hakim sape tak kenal kan.. Dalam banyak persembahan dalam konsert Af aku suka persembahan Destinasi Cinta.. Best glew.. Kalau sekarang aku suka persembahan BENGANGnya.. Hahaha.. Oleh kerana terlalu obsess kat dia nie semua kawan-kawan UiTM aku dah naik mual ngan aku.. Tapi aku tak kesah sebab family yang dicipta Akim lebih hebat dari itu.. Apa yang penting aku akan sokong Akim selama dia tak berubah menjadi Akim lain.. walaupun kadang-kadang aku rasa “tak mungkin ku percaya kata-kata yang penuh dusta hanyalah bibir berkata yang memilukan menambah BENGANG rasa hampa terus tinggal diriku terasa”..
Untuk Akim: Ah.. Tak boleh puji banyak-banyak nanti ada yang kembang karang.. Hahaha.. Ok lah nyayian ko makin bagus.. Lakonan makin ok daripada episod 1 Kau dan Aku sekarang dah tak macm kayu dah.. Macam Aluminium je sikit lagi nak fleksible jadi getah.. Good Luck yer.. Pape hal aku takkan berundur sokong ko.. Sebab aku tahu ada “X” yang akan ko tunjukkan kepada aku dan yang lain.. Aminnnn..


Aku dan Ibu & Ayah
Ibu dan ayah adalah ibubapa Akim.. Aku mengenali mereka pong masa perjumpaan pertama Akim dengan peminatnya.. Walaupun aku ngan ibu ayah tak serapat ahli gafimmers lain tapi aku dapat rasakan sokongan kuat dari ibu bapa Akim yang memperkukuhkan kedudukan Akim dipersada seni tanah air.. Ibu dan ayah juga tak lelah melayan kami yang memang banyak karenah.. Paling spoting dan sentiasa menerima kami.. Paling aku tak lupa adalah karipap yang ibu buaat untuk semua Gafimmers.. Memang best masa tuh.. Dengan keadaan ibu yang melatah tidak sedikit meghiraukan apatah lagi terasa hati apabila diusik Gafimmers.. Kalau ditanya semua Gafimmers semua setuju yang ibu dan ayah adalah yang terbaik.. Aku pong yakin suatu hari nanti aku akan jumpa 6 mata ngan ibu dan ayah.. InsyaAllah..
Untuk ibu dan ayah: Semoga sihat sentiasa.. Rasanya saya sorang lagi tak pergi umah ibu dan ayah.. Takpew lepas nie kalau ada rezeki saya dan yang lain pergi.. Aminnn

Aku dan Juan Danza
Juan.. Jap nak merewind balik kisah aku kenal dengan Juan.. Daripada enemy jadi kawan yang rapat.. Hahaha.. Kalau dah ditakdirkan kenal dan baik dengan Juan tak kisahlah apa status sebelum itu.. Juan seorang yang baik dan lemah lembut gitu.. Aku rasa dia nie happy go lucky.. Selalu senyum.. Juan lah yang memperkenalkan aku kepada Gafimmers.. Tanpa juan korang hanya kenal MarkDriverAkim hanya pada namanya.. Sejuta kenangan aku dihadiahi oleh Juan sebenarnya.. Yang paling aku ingat ialah semasa dia membawa aku ke café Nita n Zahid.. Masa tuh aku lagi mengerti dunia artis.. Paling tak syok dia ajak pergi membeli belah.. Fuh aku nie dah la yang kurang suka pergi shopping.. Huhuhu.. Untuk pengetahuan korang semua yang belum tahu GAFIM adalah dibawah penyeliaan beliau..
Untuk Juan Danza: Thanks a lot for everything.. Dah banyak menyusahkan Juan.. Maybe suatu hari nanti ai akan balas segala jasa-jasa baik Juan.. Tunggu masanya akan tiba.. Aminn..


Aku dan CikLin
CikLin adalah mak sedara Akim merangkak kepada manager Akim.. CikLin seorang yang sempoi.. Aku pertama kali kenal ciklin kat gathering jugak.. Ciklin tegur aku.. Masa tuh aku tak tahu siapa dia.. Then Songo bagitahu ku.. Owh baru ku kenal.. Suka kat sifat CikLin yang memang sesempoi yang teramat.. Apatah lagi setiap tingkah laku ciklin disenangi semua.. Kalau ada anugerah manager paling spoting kompem ciklin menang punyer.. Hahaha.. Thanks ciklin menerima kehadiran kami kerumah.. Kami tak sangka kami dilayan begitu.. Memang perfect.. Walaupun tanpa Akim..
Untuk CikLin: CikLin.. Cantik design umah CikLin.. Hahaha.. Moga CikLin terus bersabar dengan dugaan tuhan dan diberikan kebahagiaan seisi keluarga..

Ok la itula sahaja dahulu episode carta aku dan… Tunggu episode akan dating sapa lagi yang aku tangkap muatkan.. Segala yang aku tulis ikhlas dari hati.. SUMPAH tiada niat untuk mengambil hati.. Untuk yang lain tunggu nama korang naik yer.. Hahaha.. Tapi jangan terasa kalau aku ada menyentuh soal hati dan perasaan.. Ini semua tulus dari aku..

6 comments:

aisyah <3 eyca said...

markkk !
name eyca jgn lupe yeaa .
HAHA :D

songo said...

salam...

QC time.......

merangkak = merangkap

dating = datang

itu saje setakat ini.... haha

mashie simple deh said...

markkkkkkkkk
rindu ko ...
huwaaaaaa...
ang antaq msj bukan nk bls
hehehehe...
ang jgn lupa nama aku ek ..
jgn lupa tau..hahaha
:)

mashie simple deh said...

silap aku antaq msj bukan nk bls ..
adoyaiii...
huhuh ....

manusia berupa ultraman said...

aku dah kata budak nie obses. degil sungguh la.. aku suka rambut akem skunk lagi nsem. tapi aku masih ta berminat ngan kau and aku. akim focus on singging ur acting still macam ta bagus. jadi macam kak siti. menyanyi dah berbelas taun. tapi ta ad pape acting pown :)

Juan Danza said...

waaaaa... tq2...
ko buat benda ni on my birthday rupanya... aku kira hadiah la ni utk aku hehe...