Tuesday, June 3, 2014

Surat untuk Abah

Sesebuah perjalanan kehidupan seseorang yang panjang pasti akan mengalami waktu sukda dan dukanya.. Tak terlepas sedikit pun satu kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan seseorang itu.. Termasuklah penulis ini yang merasakan tahun 2014 adalah tahun yang sangat mendukacitakan dalam kamus hidupnya..

Sebelum hal ini terjadi aku pernah menyebut satu ayat ini:

"Yang pergi tetap pergi meninggalkan kita.."

Hari ini, kali ini dan saat ini aku mengalaminya.. Tanpa disangka.. Setiap hari aku berdoa agar aku tidak pernah melupakan insan ini.. Tak pernah lupa riak wajahnya.. Walaupun aku dan beliau bukan dalam dunia yang sama..

Episod sedih ini tak akan pernah luput dalam fikiran aku.. Setiap masa, tersentap hati aku setiap kali aku bangun dari tidur, aku anggap semua ini mimpi.. Tapi, ini semua realiti yang aku kena hadapi dan berdepan.. Patut, wajib dan mesti walaupun pahit.. walapun terasa tidak mampu..

6 Jun
Tarikh ini semakin hampir.. Lain.. Lain dari yang kebiasaannya.. Kali ini 6 Jun hanya menjadi hari yang tiada bertuan.. Hari yang akan kami kenang didalam kertas.. Hari yang hanya kami kenang didalam doa.. Hanya itu yang beliau harapkan dari kami.. Ya Allah, cepat benar ujianMu.. Besar sungguh ujianMu.. Ya Allah utuskanlah "surat" ini untuk Abah..


Assalamualaikum..
Kehadapan Abah tersayang..
Is harap Abah bahagia sekarang walaupun Is tak nampak Abah lagi..

Abah.. Abah tahu yang Is sangat rindu Abah.. Abah adalah kekuatan Is.. Walaupun Is tak tunjuk masa Abah masih dibumi Allah tapi untuk pengetahuan Abah, setiap kali Is balik kerja menghadapi hari-hari yang sukar, wajah Abah lah Is nak tatap supaya tambah kekuatan dalam diri Is ini..

Abah.. Is yakin Abah sentiasa disisi Is.. Setelah Abah pergi, kekuatan Is separuh hilang, kekuatan seorang anak lelaki yang masih memerlukan kasih sayang seorang Ayah.. Seorang anak lelaki yang lemah menghadapi dunia ini.. Yang masih perlu pimpinan seorang Ayah seperti Abah.. Setiap kali Is balik rumah, Is tak kuat.. Is merasakan sesuatu yang kosong tanpa Abah.. Abah tak rindu nak balik rumah ke?? 

Abah.. Is masih beruntung.. sebab Abah tinggalkan seorang insan yang sangat setia dan menyayangi Abah dunia dan akhirat.. Abah tinggalkan Is seorang insan yang penuh kemuliaan.. Yang tak putus-putus merindui 
Abah.. Abah nak tahu?? Dah hampir sebulan Abah tinggalkan Is, Is tengok Ma sentiasa ingat kat Abah.. Ma sangat setia kat Abah.. Walaupun beliau tahu setiap kali dia tidur, dia akan merasa kesejukan tanpa pelukan 
Abah.. Bila Is bagitahu ini mesti Abah risau kan? Tapi Abah jangan risau, Is akan jaga insan mulia itu sepenuh hati Is.. Sebab insan itulah sekarang menjadi kekuatan Is sekarang.. Menggantikan aura Abah.. Abah beruntung mempunyai insan yang begitu setia dengan Abah.. Abah mesti bangga kan?? Is terkadang cemburu dengan kehidupan Abah.. Abah mempunyai sifat pemimpin yang sangat disegani..

Abah.. Abah tahu yang 6 Jun akan tiba?? Abah tahu tarikh itu yang Is tunggu dari tahun lepas.. Setelah kami seolah-olah tak sambut harijadi Abah tahun lepas.. Tahun ini Is ingat nak buat besar-besaran untuk menggantikan yang tahun lepas.. Is tak nak Abah berkecil hati kerana melupakan tarikh lahir Abah.. Tahun lepas semua sibuk.. Is pun sibuk sehingga mengabaikan hari penting dalam kalendar keluarga kita.. Tak guna betul Is ni kan.. Tapi tarikh ini akan dilalui kami tanpa Abah.. Tak tahu la macam mana nanti.. Dan perancangan Is tak menjadi lah nampaknya.. Kecewa..

Abah.. Panjang lagi Is nak bercerita ni.. Sejak Abah tiada, Is menjadi seorang yang penyabar.. Is menjadi seorang yang tenang menghadapi segala masalah.. Sebab Is nak jadikan Abah sebagai role-model.. Setiap kali Abah menceritakan kehidupan Abah masa kecik-kecik dahulu, susahnya nak menghadapi.. Tak macam kami adik-beradik, lahir-lahir banyak kemudahan dan kasih-sayang diberi.. Itulah beza Abah dan kami.. Pengalaman masa kecik Abah itulah membuatkan Abah menjadi insan yang kuat dalam segala hal.. Dan melalui inilah Is nak amik sebagai pengajaran.. Abah doakan Is berjaya menjadi macam Abah ok..

Abah.. Sejak Abah tak ada.. Terasa sangat pemergian Abah.. Bukan Is sahaja yang terasa.. Bukan keluarga kita sahaja.. Kawan-kawan Abah.. Rakan-rakan seperjuangan Abah didalam politik.. Saudara mara kita.. Termasuk insan-insan yang banyak Abah bantu.. Mereka juga terasa kehilangan Abah.. Tapi Abah jangan risau, mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah.. 

Oh.. Abah perasan tak cucu-cucu kesayangan Abah?? Mereka sihat-sihat belaka.. Is janji takkan bagi dia lupa akan Abah.. Setiap kali Is akan tanya "Mana Aki??".. Is akan tanya supaya mereka takkan lupa akan Abah.. Marissa, Reezq, Rayyan dan Alaiqa sentiasa ingat akan Abah.. Tapi Abah ada 'jumpa' cucu Abah yang sulung tak kat sana?? Qaireen.. Abah kirimkan salam rindu buat Qaireen ya.. Sekuarang-kurangnya Abah ada peneman kat sana.. 

Abah.. Masa kali terakhir Is mandikan Abah, Is tengok Abah senyum.. Waktu Is cium tangan dan dahi Abah, Is rasa tenang sangat.. Is rasa Abah bahagia.. Bahagia kerana Abah seorang insan yang kuat.. Tidak gentar..Kadang-kadang Is tanya tak boleh ke tangguhkan pemergian Abah.. Sekurang-kurangnya biar Abah tengok Is boleh berjalan sendiri.. Tapi semua itu takdir kan Abah.. Kita kena terima semua itu.. Tak kira la suka atau tidak kan..

Ok lah Abah.. Dah panjang lebar Is tulis.. Nanti penat pulak nak membacanya.. Abah.. Selamat ulangtahun kelahiran.. Walaupun Abah dah tiada, tarikh ini tetap dalam ingatan selamanya.. Semoga Abah tenang disana.. Suatu hari nanti kami akan menyusur Abah.. Sepanjang kami hidup didunia ini, kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah.. Sebab hadiah yang boleh Abah terima adalah DOA dari anak-anak yang soleh dan solehah..

Salam penuh kerinduan,
Israr Hj Mainong




Monday, May 26, 2014

Abah, aku merinduimu..

Sabtu, 10 Mei 2014

Pagi yang tak disangka.. Kebiasaanya aku akan bangkit awal untuk selesaikan aktiviti-aktiviti seharian.. Lagi-lagi hari sabtu.. Hari semua nak berehat.. Tapi tanpa aku sedari ada insan yang akan "berehat" untuk selamanya.. Abah.. Jikalau aku dapat mengulangi hari itu.. Aku pasti memelukmu.. Pasti..

Sabtu itu, perancangan Allah lebih cepat.. Pagi itu Abah dan aku seolah bangun pada waktu yang sama.. Aku tunggu didapur untuk Abah selesai mandi.. Kenapa yer Abah mandi lewat pada hari itu?? Biasanya Abah akan mandi waktu subuh.. Mungkin Abah penat.. Waktu keluar bilik air, Abah sempat merenung aku dari jauh disatu sudut ruang dapur.. Aku tak pelik.. Itu biasa..

Hari itu, aku kena selesaikan satu tugasan.. Aku ke UMT seperti biasa walaupun hari itu cuti.. Dan pada hari itu, tiada apa yang aku rasa.. Seolah seperti hari-hari biasa.. Dan aku tak tahu renungan Abah pada aku waktu itu adalah yang terakhir.. Pasti aku akan ingati seumur hidup aku.. Pasti..

Perjalanan pulang aku petang itu menerima panggilan dari Ma.. Bermula detik itu, aku kelam.. Aku tak tahu dunia aku dimana.. Aku bergegas pulang kerumah.. Saat aku masuk dalam bilik, aku melihat sekujur badan yang merenung aku pagi tadi kaku.. Aku panik.. Aku kelam.. Perjalanan membawa Abah ke hospital menjadi saksi dimana waktu itu seolah-olah aku berada dialam lain.. Dunia lain..Lebih-lebih lagi apabila mendengar Kalimah Syahadah dari mulut Ma yang berharap Abah mengikutnya.. Lentur hati ini.. Remuk hati ini.. Terlalu cepat masa berlalu masa itu..

Ahad, 11 Mei 2014

Bacaan Yaasin pagi Ahad mengiringi pemergian seorang insan yang banyak membantu semua pihak.. Tepat jam 9.10 pagi, bantuan penafasan Abah berhenti setelah Yaasin habis dibaca..

Abah..
Waktu itu, muka Abah aku tenung.. Aku bertanya...

Abah, Abah ke ini..?
Abah.. kenapa kaku??
Abah.. Abah kuat kan??
Abah.. Abah tinggalkan Ma?
Abah.. Abah  tinggalkan kami?
Abah.. Abah kenapa diam?
Kenapa diam?? Kenapa??

Aku pegang tangan Abah.. Bersalam buat terakhir kali.. Kucup buat terakhir kali.. Perlu ke aku redha dengan semua ini?? Banyak lagi perkara yang aku ingin lakukan dengan Abah.. Pada waktu itu, menyalahkan sesiapa tak dapat kembalikan Abah.. Abah dibawa pulang kerumah.. Rumah Abah.. Tempat Abah berjuang..

Apa yang perlu kami lakukan?? Kami berusaha buat yang terbaik untuk Abah.. Untuk Abah buat kali terakhir.. Itu sahaja kami mampu.. Sepanjang menguruskan Abah, kenangan bersama Abah terus bermain dimata kami.. Seolah Abah bersama kami walaupun jasadnya kaku disebelah kami..

Buat Abah..
Abah tak pernah "mati" buat kami..
Abah tak pernah susahkan kami..
Abah sentiasa dihati kami..
Kami janji akan menjaga Ma sebaik mungkin..
Walaupun kami tak kuat, kami cuba.. Itu yang Abah inginkan..
Abah, damailah Abah dialam sana..
Doa dan amalan sahaja yang kami dapat kirim..
Kasih sayang kami tak pernah lupus buat Abah..

Abah.. Kami pasti merindui bebelan Abah.. Senyuman Abah.. Gurauan Abah.. Kemarahan Abah.. Kegigihan Abah.. Abah bersama kami.. Dan kami sentiasa bersama Abah..

Abah.. Semoga kita berjumpa disuatu hari nanti.. Di Syurga Allah yang indah.. InshaAllah..


 Sempat juga Abah merasa Diploma adn Degree aku.. InsyaAllah aku akan menghadiahkan Abah satu yang lebih besar lagi dari ini.. Itu yang Abah harapkan..













Dedikasi untukmu Allahyarham Haji Mainong bin Ali..

Urat-urat mu..
Denyutan nadi mu..
Hembusan nafas mu..
Tenaga mu..
Adalah untuk kami..

Pergimu membawa kerberkatan..
Pergimu terasa cepat..
Pergimu membawa sinar..
Pergimu meninggalkan satu mutiara dah lima permata..

Abah..
Mutiara mu sentiasa bersinar untukmu..
Mutiara mu sentiasa merinduimu..
Mutiara mu sentiasa menghormatimu..
Mutiara mu bersama kami..

Abah..
Permata mu menyanyagimu..
Permata mu mencontohimu..
Pertama mu sentiasa meningatimu..

Abah..
Kita berpisah dunia..
Terasa lemah.. Terasa kelam.. Terasa sesat..
Setiap hari kami menunggumu..

Abah..
Semoga Allah merahmatimu..
Semoga dikau bersama orang-orang beriman..
Hanya doa yang kudus kami kirimkan..

Untukmu Abah tersayang..
Dan dengari kami.. Kami merinduimu.. Merinduimu..
Al-Fatihah..

Hj Mainong bin Ali (06/06/57 - 11/05/14)

Yang mengirim rindu dan doa buat Abah

Puan Shamsian binti Abdullah
Ahmad Izzaq Idzhar
Ahmad Ieme Ikhwan
Nor Irina Sairah
Ahmad Israr Ihsan
Noor Aima Saimah




Sunday, April 6, 2014

Long Beach Perhentian Island

Assalamualaikum..
Bulan lepas dapat jugak bercuti untuk hilangkan stress yang ada.. Dapat pergi untuk kedua kalinya ke Long Beach Perhentian Island. Last aku g masa tahun 2011 diamana aku buat lesen diving kat sana.. Tapi kali ini aku pergi untuk bercuti dan curi idea sikit-sikit... Kali ini aku pergi berempat.. Nabel (Songo), Kak Yatie dan Kak Aryn (Semua Gafimmers).. Ini pun rancang last minit.. I think seminggu sebelum kami pergi.. So semua yang rancang last minit akan menjadi biasanya..

Oh.. Hidup aku dan laut tak dapat dipisahkan.. Bak orang kata kalau taksentuh air laut boleh gila lah.. Percutian kali ini aku pergi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.. Naik kat Kuala Besut.. Kos untuk semua +-250RM.. So ok la.. Takderlah mahal sangat.. Hujung minggu kan.. Kali ini aku manfaatkan betul-betul percutian ini.. Ingin melupakan kisah-kisah duka.. Kisah-kisah yang meruntum jiwa.. Wah sampai gitu sekali.. SUDAH.. Korang layan lah gambor yang kat bawah ni.. Dan ini adalah tempat wajib pergi as MALAYSIAN.. :P


Hari pertama, lepak dan nikmati view Perhentian yang lawa tu.. Tak buat aktiviti mana lagi.. Hahaha.. Lepak dan bernafas..

 
Ni masa kat Romantic Beach.. The most beautiful beach in my life.. Air jernih dan pasir halus dan putih.. 

Ni masa mula-mula sampai kot.. 

Long Beach..

Long Beach

Mandi kat Long Beach.. 

Bersiap nak g Snokerling..

Romantic Beach

Romantic Beach

Disebabkan aku dah hitam, so tak kesahlah berjemur pun.. Hahahaa..

Bilis(Kak Aryn) dan Dugong(Songo) berjemur

Permandangan dari Chalet

Capture

Bersama kak Yatie

Last Day..
 So, percutian ni saya bagi 4 bintang.. Yeayyyyyy