Tuesday, June 25, 2013

Kembali untuk seketika

Sorry guys, sangat busy sejak melanjutkan pelajaran ni.. Rasa macam terlupa plak ada blog.. Tapi bila dah resah gelisah baru cari blog.. Naseb bek blog ni tak ada perasaan macam manusia.. Kalau ada dah lama dia merajuk lari dari aku..

Assalamualaikum..
Lets begin with my status..
Rezeki ada dimana-mana kan.. Sape tak kenal Israr Mainong.. Kalau tak buat benda pelik, bukan dia la tuh.. Ye la kan.. Sejak dari diploma lagi.. Diploma Mechanical in Aerospace terus tukar Degree Marine Technology.. Then semua member dah kerja dia masih gatal-gatal nak sambung kerja.. Cakap pok pang pok pang tak mau sambung study, last2 dia jadi antara orang terawal memerah otak untuk sambung lagi.. Kan dah cakap rezeki ada dimana-mana..

Alhamdulillah..
Sejak aku sambuing study ini, dapatlah aku melupakan sejenak peristiwa di Degree dulu.. Alah sahabat-sahabat yang hebat.. Malah rasa tak mau berpisah dengan diaorang.. SUDAH.. Berapa kali nak sebut diaorang.. Hahaha..

Tetapi.. Bukan Israr Mainong jugak kalau pergi sesuatu tempat akan dapat member yang best.. Syukur akukat Allah sebab kurniakan orang disini yang sama dengan jiwa.. Syukur sangat-sangat.. Memaglah mula-mula kenal tak tahu apa-apa kan.. Tapi bila dah kenal, amek kau.. Hahaha..

Dan bukan Israr Mainong jugak bila dah baik ngan orang, dia akan cari satu sahabat yang baik untuk meluangkan masa bersama, satu kepala, satu soul dan satu segalanya.. Kalau masa degree aritu aku ada seorang sahabat yang selalu main basket bersama.. Suka duka bersama la.. Kat sini tak tahu la wujud ke tak someone special like dia.. Tapi sejak minggu lepas aku rasa macam dah jumpa.. Hahahaha..

Dan syukur jugak aku dapat supervisor yang sgt memahami.. Sejak dari diploma lagi.. Masuk degree sehinggalah tahap ini.. SV yang dapat tidak memberi stress and really enjoy to work together with them.. Actually, when we do some work in our soul, it is more give some positive impact to us and hasilnya akan lebih baik right??

Member-member plak semua satu kepala.. Ada yang aku dah kenal masa praktical.. Ada yang baru kenal.. Ada yang akan kenal.. Dalam masa pendek perkenalan kami, banyak dah benda yang kami lalui bersama.. Tengok, nampak sangat kami ni satu jiwa kan.. Tapi dalam ramai-ramai mesti ada sorang yang ada akan rapat dengan kita.. Yang akan dengar masalah kita.. Yang kaan menangis bersama.. Ketawa bersama.. Eh macam lirik lagu plak.. Hahaha.. Tapi someday aku akan cerita.. Tak boleh cerita banyak-banyak.. Nanti kantoi..

K lah.. Nak sambung kehidupan.. Nantikan cerita kehidupan yang menarik lagi after this.. :)

And I believe the people who have the biggest impact on our life stay for the shortest time.. :')


Friday, February 15, 2013

Officially Graduated Bachelor

15/2/2013

Hari yang ditunggu semua student semester akhir bagi program Bachelor.. Dan tarikh ini termasuk dalam list aku untuk aku tunggu kerana menentukan yang aku akan mara atau kekal atau perlu berundur..

Alhamdulillah.. Dalam masa yang ditetapkan aku bisa meghabiskan pembelajaran aku.. Dan sekarang aku siswazah bertitle Bachelor.. Takpe la.. Bachelor je pun.. Bachelor adalah target aku yang paling tinggi la.. Habis target aku nak sampai bachelor je pun.. Jadi satu impian telah termakbul dah.. So, aku kena bangga la..

Biasa la.. Uitm akan antar result melalui email.. Aku tak der la tertunggu sangat mengadap laptop.. Sebab email masuk akan berbunyi kat aku yer tablet.. So, tak perlu bimbang la.. Siap boleh tidor lagi.. Maklumlah, letih..

Then aku dah dengar bunyi email.. Ini bukan mimpi.. Tapi realiti.. Bukak tab tgk ada email dari uitm.. Dengan mata kabur-kabur aku bukak.. TADAAAA..




Takder yang lain aku panjatkan adalah Alhamdulillah.. Walaupun tak mencapai target aku untuk mendapat 1st class, aku tetap bersyukur sebab aku percaya usaha aku bukan sia-sia.. Adalah dosa yang aku pernah lakukan menyebabkan nikmat aku ditarik.. Tapi aku percaya itu semua takdir dan percaturan dari yang maha Esa..

Dan semestinya aku ingin ucapkan JUTAAN, RIBUAN, BILLION, MILLION dan tak terhingga Terima KASIH kepada:


1) My super duper SV (Mdm Aziani Ahmad)
Terima ksih mdm.. Selama ini mdm banyak membantu bukan dalam my project but anything.. Dan setiap kali saya jumpa mdm nak bincang sesuatu saya rasa selesa.. Sebab tuh segala benda saya cerita kat mdm.. Mendapatkan idea-idea yang bernas dari mdm.. Terima kasih jugak kerana sabar dalam mengajar dan mendidik student yang slow macam saya.. Dan saya cuba yang terbaik untuk masa depan saya.. Dan semoga mdm melahirkan baby yang comel.. :)

2) Lecturer
Sejuta penghargaan kepada semua lecturer yang pernah mengajar saya baik dari kos marine atau bukan.. Semua lecturer marine terbaik.. Ingat lagi masa saya menjadi jemputan untuk audit kos kita, saya pernah cakap kat juruaudit yang lecturer marine adaah yang TERBAIK.. Bukan setakat menjadi lecturer, malah menjadi orang terpenting untuk kami berjaya dimasa hadapan.. Yes we are BIG FAMILY..
Kepada lecturer bukan marine yang paling saya ingat ialah Miss Sharida yang mengajar finance.. Saya nak ucap jutaan terima ksih kerana mengajar satu subjek yang bukan marine paling saya minat.. Hehehe.. Dan lecturer marketing Dr. Sarina yang juga BONDA kepada kami 10 orang masa part 2..

3) Family
Ofcourse family.. They are always give me inspirational and strongest to make sure I can stand without them.. Dan mereka jugalah memberi sokongan moral dan harta benda.. Susah nak gambarkan kebesaran dorang.. I love them so much.. Ini adalah hadiah buat ma, abah dan adik-beradik lain.. dan InsyaAllah lagi 2 tahun, satu lagi hadiah besar untuk kalian.. Aminn..

4) Kawan-kawan
 Classmate, roommate and playmate.. Korang memang the best.. Selalu menjadi television aku untuk terus berjaya.. Dan terima kasih aku kepada semua teman-teman seperjuangan yang membantu aku dalam susah dan membantu aku dalam kelemasan.. Aku sayang korang..
Dan selamat maju jaya

5) Insan istimewa
Chewaah.. ADA KER????

Dan last but not least, tentunya kepada maha Pencipta.. Yang memberi aku kekuatan utnuk menempuh semua ini.. Jahilnya diri ini tetap jua dibantu.. Doa yang diminta sentiasa dimakbulkan.. Sepatutnya aku patut merasa malu dengan semua ini.. Tapi aku percaya, hikmah yang Dia berikan kepada aku penuh rahmat dan kejayaan..

Dan sekarang, masa depan aku adalah........



*Buat hardcover dan daftarkan diri dalam Master di UMT.. Belajar dinegeri sendiri la pulak...............*

Thursday, January 24, 2013

Ini baru permulaan

Salah satu sebab aku tak mahu mencipta sesuatu yang indah adalah bila tiba saatnya kita akan terpisah.. Ya Allah, aku tak mampu mengulangi sesuatu yang membuat aku duka sekali lagi.. Cukuplah sesuatu yang indah dicipta sesuatu yang dulu telah pergi.. Aku tak mampu.. Bukan aku sedih, tapi aku tak tahu macam mana nak menghadapi semua ini.. Sebab segala susah dan senang kami, kami bersama.. Ya Allah, peliharakanlah kami.. Kami redha..

Bermula..
Aku dah sedaya upaya menguatkan hati ini untuk menghadapi semua ini.. Aku tekad untuk mengendahkan sahaja hal2 yang memang akan berlaku ini.. Semalam, harinya telah tiba.. Dan itu adalah permulaan pertama.. Dan aku telah tewas.. Memang.. Aku tak mampu.. Aku tak boleh berbohong..
Semalam, terjadi lagi perkara yang membuat aku tak suka.. Aku tak suka sangat-sangat perasaan ini.. Permulaan untuk aku berpisah dengan kawan-kawan baik dah bermula.. Realitinya telah bermula.. Padahl baru permulaan, aku dah merasakan satu kelemahan.. Bagaimana hari Isnin, Selasa nanti??

Sebelum semalam, aku ingin ucapkan sejuta terima kasih kepada kawan baik aku.. Memang kita bukan berpisah dunia, tapi segala kenangan, suka dan gelak tawa tetap dalam ingatan ini.. Ko kuat layan karenah aku.. Aku lah orang yang paling cerewet.. Ko jugaklah gigih ajar aku main permainan yang memang tak layak untuk aku dengan badan aku yang kering tandus ini.. Bila aku fikir balik.. kenapalah ko sanggup ajar orang degil dan bangang macam aku.. Hahaha.. Tak tahulah.. Aku nak gelak ke aku nak menangis..

Dan semalam.. Aku dapat rasakan yang kita akan berjumpa lagi.. Halalkan segala makan, minum dan pelajaran yang ko bagi.. Terima kasih jugak aku ucap sebab memenuhi impian aku nak ikut ko g mancing.. Seriusly, walaupun aku marine aku tak suka memancing.. Dan terima kasih jugak untuk ilmu yang ko ajar aku untuk menjadi manusia yang lebih maju dan baik.. Dan aku harap juga kita akan berjumpa lagi lepas ni.. Walaupun perkenalan ko dan aku singkat, aku ingat lagi kepoyoan ko masa main basket.. Aku takkan lupa.. Tak akan.. :'(

Ahh.. aku benci perasaan ini.. Kenapalah sekejap sangat kita semua berjumpa kan.. Ini baru sorang.. aku tak tahulah macam mana nak hadapi ngan classmate aku, kawan-kawan aku yang lain lagi kat sini.. Apa pun, aku minta maaf atas keterlanjuran aku dalam menjalinkan persahabatan kita sepanjang dua tahun setengah ini.. Semoga kita terus dirahmati.. aminn..

Ya Allah, jika kesdihan ini penyembuh kerinduan, jadikanlah ini kesdihan teragung dalam hidup aku.. :'(