Tuesday, December 15, 2009

derita "MERINDU"

Terasa sedih dan befikir sejenak hidup aku selama ini.. Adakah aku dilahirkan selalu malang?? Ataupun memang sudah takdir aku untuk meneruskan kehidupan aku yang teramat malang ini.. Langkahan aku yang penuh duka dan onak duri ini membuatkan tangan aku tidak lagi mampu menampung beban yang terus aku terima..

Bukan kaki dan tangan aku sahaja yang menampung semua itu malah jiwa kecil aku ini semakin hari semakin suram.. Dengan bebanan masalah yang dihadapi, dengan pekerjaan yang tiada kesudahannya menambah lagi bebanan aku..

Bebanan?? apakah itu bebanan.. Aku sahaja kah yang diuji dengan bebanan ini.. mengejutkan lagi apabila tiada seorang pun yang ambil peduli.. Jangkaan aku tidak tepat..

Ramai lagi senasib dengan aku.. Aku bersyukur mempunyai teman yang begitu memahami diri ini.. Membebankan betul berkawan dengan aku kan??

Aku ada teman baru..

Teman baru aku yang sudi mendengar keluhan dan rahsia aku.. Teman yang begitu dikenali semua. teman kepada temanku ini selalu mengingatkan aku segala kenangan aku bersama teman yang lain.. terima kasih teman.. P

Aku tiada jodoh..

Johor.. Memang aku tiada jodoh denganmu kerana haiwan yang membawa aku pergi kesana mungkin dahaga ditengah jalan terus aku berputus asa.. Tiadalah ketemu beberapa mata di Johor yang penuh kegembiraan.. Aku membutakan mata aku diatas sana supaya kekecewaan aku hilang..

Aku dahaga..

taksub, tamak, ngin selalu dihadapan akhirya aku tersungkur.. Kawan tolonglah aku..









AKHIRNYA AKU MENGALAH..

aku terasa tidak hebat lagi.. Aku memang seorang yang tidak hebat setelah melihat........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Result Exam aku..

Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Teman aku menangis..

Dalam hati
*tak kene buang dan takdew repeat tuh dah bersyukur..

Akhir dah nie..
Derita merindu aku tidak dapat menghilangkan jejak Cinta Dalam Hati ku..

*balik rumah.... menyayi anak..

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu.. Meski ku tunggu hinga hujung waktuku.. la la la la la la la la..

Prut......... kain dia carik.. hahahaha..

Wednesday, December 2, 2009

Aku dan… Part 1

Carta episode pertama ini aku akan menampilkan 5 orang personality ini dahulu.. Nak tahu baca lah yer.. Yang tak ada lagi tunggu yer.. Pasti nama anda akan naik punyer.. hahaha..

Aku dan Akim
Pemenang tempat ke3 Akademi Fantasia 7 ni seorang yang ok la bagi aku.. Macam tak ngam ngan umurnya.. Umur masih muda tapi perwatakkan yang dibawa olehnya seolah-olah dia dah lama matang dalam dunia ni.. Aku mengenali Akim nie secara tak sengaja.. Masa aku tengok AF7 minggu kelima aku tengok dia wat persembahan.. Tak kurang hebatnya budak nie aku kata.. Tapi macam susah jew nak naik nanti.. Mula-mula jangkaan aku.. Sambil aku lepak-lepak kat umah maklumlah cuti sem aku secara tak sengaja sekali lagi membuka blog budak nie yang dikendalikan seorang penulis blog khas untuk Akim.. Oh baru aku kenal dia nie.. Ramai peminat pompuan.. Hahaha.. Aku layan jew.. Then bila berakhirnya demam AF aku tak sengaja sekali lagi gatal-gatal hantar mesej kat laman sosial budak nie.. Ingat ke tak berbalas.. Ada jawapan jugak.. Hahaha.. Masa tu la kami kenal dan aku menghargainya sebagai seorang kawan dan seorang artis yang aku akan sokong.. Itulah Akim.. Seorang yang tak pernah putus asa.. Kini dia dah pong Berjaya mengukir kejayaan di alam selebriti.. Sebut je Afiq Hakim sape tak kenal kan.. Dalam banyak persembahan dalam konsert Af aku suka persembahan Destinasi Cinta.. Best glew.. Kalau sekarang aku suka persembahan BENGANGnya.. Hahaha.. Oleh kerana terlalu obsess kat dia nie semua kawan-kawan UiTM aku dah naik mual ngan aku.. Tapi aku tak kesah sebab family yang dicipta Akim lebih hebat dari itu.. Apa yang penting aku akan sokong Akim selama dia tak berubah menjadi Akim lain.. walaupun kadang-kadang aku rasa “tak mungkin ku percaya kata-kata yang penuh dusta hanyalah bibir berkata yang memilukan menambah BENGANG rasa hampa terus tinggal diriku terasa”..
Untuk Akim: Ah.. Tak boleh puji banyak-banyak nanti ada yang kembang karang.. Hahaha.. Ok lah nyayian ko makin bagus.. Lakonan makin ok daripada episod 1 Kau dan Aku sekarang dah tak macm kayu dah.. Macam Aluminium je sikit lagi nak fleksible jadi getah.. Good Luck yer.. Pape hal aku takkan berundur sokong ko.. Sebab aku tahu ada “X” yang akan ko tunjukkan kepada aku dan yang lain.. Aminnnn..


Aku dan Ibu & Ayah
Ibu dan ayah adalah ibubapa Akim.. Aku mengenali mereka pong masa perjumpaan pertama Akim dengan peminatnya.. Walaupun aku ngan ibu ayah tak serapat ahli gafimmers lain tapi aku dapat rasakan sokongan kuat dari ibu bapa Akim yang memperkukuhkan kedudukan Akim dipersada seni tanah air.. Ibu dan ayah juga tak lelah melayan kami yang memang banyak karenah.. Paling spoting dan sentiasa menerima kami.. Paling aku tak lupa adalah karipap yang ibu buaat untuk semua Gafimmers.. Memang best masa tuh.. Dengan keadaan ibu yang melatah tidak sedikit meghiraukan apatah lagi terasa hati apabila diusik Gafimmers.. Kalau ditanya semua Gafimmers semua setuju yang ibu dan ayah adalah yang terbaik.. Aku pong yakin suatu hari nanti aku akan jumpa 6 mata ngan ibu dan ayah.. InsyaAllah..
Untuk ibu dan ayah: Semoga sihat sentiasa.. Rasanya saya sorang lagi tak pergi umah ibu dan ayah.. Takpew lepas nie kalau ada rezeki saya dan yang lain pergi.. Aminnn

Aku dan Juan Danza
Juan.. Jap nak merewind balik kisah aku kenal dengan Juan.. Daripada enemy jadi kawan yang rapat.. Hahaha.. Kalau dah ditakdirkan kenal dan baik dengan Juan tak kisahlah apa status sebelum itu.. Juan seorang yang baik dan lemah lembut gitu.. Aku rasa dia nie happy go lucky.. Selalu senyum.. Juan lah yang memperkenalkan aku kepada Gafimmers.. Tanpa juan korang hanya kenal MarkDriverAkim hanya pada namanya.. Sejuta kenangan aku dihadiahi oleh Juan sebenarnya.. Yang paling aku ingat ialah semasa dia membawa aku ke café Nita n Zahid.. Masa tuh aku lagi mengerti dunia artis.. Paling tak syok dia ajak pergi membeli belah.. Fuh aku nie dah la yang kurang suka pergi shopping.. Huhuhu.. Untuk pengetahuan korang semua yang belum tahu GAFIM adalah dibawah penyeliaan beliau..
Untuk Juan Danza: Thanks a lot for everything.. Dah banyak menyusahkan Juan.. Maybe suatu hari nanti ai akan balas segala jasa-jasa baik Juan.. Tunggu masanya akan tiba.. Aminn..


Aku dan CikLin
CikLin adalah mak sedara Akim merangkak kepada manager Akim.. CikLin seorang yang sempoi.. Aku pertama kali kenal ciklin kat gathering jugak.. Ciklin tegur aku.. Masa tuh aku tak tahu siapa dia.. Then Songo bagitahu ku.. Owh baru ku kenal.. Suka kat sifat CikLin yang memang sesempoi yang teramat.. Apatah lagi setiap tingkah laku ciklin disenangi semua.. Kalau ada anugerah manager paling spoting kompem ciklin menang punyer.. Hahaha.. Thanks ciklin menerima kehadiran kami kerumah.. Kami tak sangka kami dilayan begitu.. Memang perfect.. Walaupun tanpa Akim..
Untuk CikLin: CikLin.. Cantik design umah CikLin.. Hahaha.. Moga CikLin terus bersabar dengan dugaan tuhan dan diberikan kebahagiaan seisi keluarga..

Ok la itula sahaja dahulu episode carta aku dan… Tunggu episode akan dating sapa lagi yang aku tangkap muatkan.. Segala yang aku tulis ikhlas dari hati.. SUMPAH tiada niat untuk mengambil hati.. Untuk yang lain tunggu nama korang naik yer.. Hahaha.. Tapi jangan terasa kalau aku ada menyentuh soal hati dan perasaan.. Ini semua tulus dari aku..

Wednesday, November 18, 2009

hohoho semua..

Sudah lama saya tidak menghupdate blog saya.. saya ada banyak story nak cerita.. nanti saya tuliskan mengikut peringkat yer..

Bagi klu sikit.. Tajuknya "Aku dan...".. mengisahkan aku dan GAFIMMERS dan semua ahli yang ada.. Tunggu setiap seorang ai akan bagitahu peraan aku kat koang.. Korang macam mana.. Apa ucapan untuk korang..

Yang pertama akan ditayangkan minggu depan ok.. Siapakah orang pertama menjadi tangkapan aku.. hahahah.. Tangkap Muat la katakan..

Apa yang penting tunggu giliran anda..