Monday, June 15, 2015

Trip to KRABI Part 2

Assalamualaikum..
Ini adalah sambungan Part 1 seberadanya kitaorang di Krabi, Thailand..

24 April 2015

Pagi itu tiada apa-apa yang menarik utnuk dikongsi.. Sekadar berjalan dipantai kawasan AoNang Beach itu sahaja.. Melihat permandangan dan mencari sedikit makanan untuk sarapan.. Jadi disebabkan kami sewa motor hanya satu hari, kami kena hantarnya tepat 24 jam kalau tak dicaj lebih pulak nanti..






Tengahari itu, kami makan tengahari dan bercadang untuk pergi ke Fossil Beach.. Ok.. Jarak antara AoNang Beach ke Fossil Beach ni lebih kurang 10KM.. Apa yang best kat sini, segala buah tangan dari keychain hinggalah ke t-shirt Krabi sangat murah.. Murah dari AoNang Beach.. So, bernasib baiklah jugak kami tergerak hati nak pergi ke sini walaupun hujan dan agak jauh.. Kat sini sempat aku grab 2 helai t-shirt Krabi dan satu helai seluar.. Dan ada jugak magnet fridge magnet buah tangan untuk teman-teman di Malaysia.. Murah.. Itu je aku boleh bagitahu.. Compare dengan tempat lain.. Siap boleh tawar menawar menggunakan kalkulator.. Hahaha..

Odw balik dari Fossil beach, kami singgah dipasar malam kawasan Melayu.. Aku ni pantang pergi pasar malam.. Memang seronok habislah.. Bagi aku pasar malam ni melambangkan kawasan tersebut kerana makanan-makanan kat situ lah yang menunjukkan perbezaan dari tempat lain kan..

Ini gerai Apam Balik.. Benda ni pertama kali aku tengok bila sampai kat sini.. Hahahaha..

Ramai jugak pelancong lain kat sini..

Sayur dan bahan mentah kat sini memang murah.. Naik gila bagi mereka yang suka masak..

Process buat Apam Balik.. Aku pun beli jugak benda alah ni.. Sedap.. Terutama yang inti kelapa parut tu.. Peberettt

Apam Balik lagii

TaDaaaa.. Dah siap..

BElangkas bakar pun ada.. Tak berani plak nak try.. hikhikihk

Sekitar pasar malam tersebut

Kalo kat Perlis depa panggil Lokching.. Sama la kot sini..

Kakak aku suka benda ni

Sos dia manikam kalbuuuu..

Shopping baju.. Murahhh..

Lepas tu kami hantar motor dan makan makanan yang dibeli kat pasar tadi ditepi pantai AoNang sambil tengok matahari terbenam.. Seriously, ini adalah sunset terbaik aku tengok setakat ini.. Memang lawa gile..

Ini sunset kat AoNang Beach.. Sangat lawa.. Nak tgk banyak gambar g la stalker IG kite.. Hikhikhik.. IG: israrmainong

Lepas tu kami balik rehat.. Itu la sahaja hari kedua kami..
To be continue.....


1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)