Tuesday, April 26, 2011

up kepada date

Ok selamat kembali..
Kesihatan aku tak beberapa baik la.. Rase lain macam je.. Nak kata demam badan tak panas.. Tapi tekat nie rasa mencucuk-cucuk je..
Beginilah keadaan aku setiap kali datangnya FInal Exam..
Letih.. Hanya tuhan je yang tahu..
Tak der banyak nak merapu..
Mata pong dah kuyu..
Hati pong dah latu..
I tidor dulu..

Friday, April 15, 2011

JUMAAT, 15 APRIL 2011

Hari ini tiada apa-apa yang spesel untuk dilakukan.. Bagi aku menyiapkan assignment ada sesuatu yang spesel dan indah sekali..

Mana tak yer dapat mengadap lappy 24 hours.. T

api kalau diberi peluang, aku nak je siapkan untuk kawan-kawan sekali..

Buat assignment nie tak penat.. Tangan akan berasa ringan dan akan menjadi kuat selepas buat assignment..

Otak pong menjadi segar dan tenteram.. Segala baris tutur ayat yang keluar ikut mulut pong semua son-sopan semuanya..
Hahaha..

Ini semua kes buat dari awal sem.. Kalau start last minute kan bagus..

Kerja yang ditangguh-tangguh memang seronok..

Dapat memikul beban kat otak nie membuatkan kita menjadi gembira.. Gembira sangat-sangat..

Segala ayat-ayat diatas hendaklah digunapakai dengan

"TANGAN DI DADA MATA DIATAS"


Hahaha.. Moral of the story.. Lu pikirlah sendiri..


Bermula dari kerja-kerja yang tertangguh..




Akan menyebabkan tekanan yang tinggi..





AKHIRNYA>.....




Menjadi begini sambil memegang result.. Hahahahahhaha..

Wednesday, April 13, 2011

Tolonglah

ORANG
DAH
TOLONG
TU
PLIS
LA
UCAP
TERIMA
KASIH
BUKAN
DENGAN
PERLI
NADA
CEMBURU

macam haram perangai!!


KALAU
DAH
RASA
PANDAI
KENAPA
TAK
BUAT
SAMPAI
SIAP

KALAU
RASA
TAK
PANDAI
BUATLAH
CARA
TAK
PANDAI
DENGAN
BERTANYAKAN
ORANG

MENYESAL
AKU
TOLONG!!


DASAR
MANUSIA
TAK
KENANG
BUDI





Orang macam nie kene ada DUNIA sendiri.. Serabai je hidup kat bumi.. Susah!!




Tapi tak semua macam tuh kan.. Yang penting kita sama2 nilai diri kite.. Adakah kite sama dengan apa yang aku tulis kat atas.. Selamat beramal..

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA DI PERLIS NIE.. :)

Perhentian Island, we LOVE you!!

Ok la.. dalam masa terluang nie.. aku nak post sedikit cerita tentang Pulau perhentian.. Bukan nak cerita pong.. Nak tunjukkan gambanr jer.. Apa-apa pun kami happy kat sana.. Betul tak kawan-kawan?? Selepas korang tengok ni kalau ada sape2 nak buat jugak sile la.. Saya sokong anda 100%.. Hehehe..





Nie aku with my buddy, masa nie kedalaman dia 18 meter.. tak dalam pong.. Tapi sempuk jugak nak ke sampai bawah sana.. Hahaha.. Yang paling seronok kami jumpa kehidupan yang hanya selama nie kami melihat ikot buku jer.. Tu yang seronoknyer.. Keempat-empat dive, aku suka dive yang ketiga dimana aku dapat melihat seekor ikan warna kuning yang bentuknya petak.. Hahaha.. nanti aku try cari apa nama ikan tuh.. Berbaloi bayar mahal pong.. Hahaha..





Ni masa dah habis empat-empat dive.. masa bersuka ria sebab dah dapat lesen.. Lepas nie tak la mahal gedebok nak bayar.. Someday aku akan merantau seluruh pulau kat terengganu.. Sesungguhnya negeri aku itu cantik.. Aku cuma tidak sedar.. Bila kita datang sebagai pelawat barula kita sedar yang negeri kita tuh memang menarik.. Bak kata orang hujan batu dinegeri sendiri..




Nie bersama orang kuat jgak dalam program nie.. Bersama kapten Amri.. Hehehe.. Yang mana?? Ala.. yang jari bawah bibir tuh.. Hahaha.. Kelakar kan.. Nie adalah group B.. Dibawah instructor mr. Azwar.. Dia memang ajar kami habis-habisan.. Hhaaha.. Kelakar plak tuh bila cik Azwar nie bercerita tentang pengalaman dia.. Melalui pengalaman dialah kami tahu macam mana kami nak lebih advanced dalam dive mengdive ne.. hahaha





Sebelum kami masuk laut.. Kami akan masuk pool dulu.. Ye la.. Di laut cabaran lebih getir kan.. So, kenelah belajar kat dalam pool dulu..




Akhirnya kami berjaya menamatkanya!! Yeahaaaaaa!!!
Assalamualaikum.. Lama benar dah tinggal blog nie.. Hahaha.. maklumlah busy la sikit bila dah akhir sem nie.. Sebenarnya aku baru je balik dari Pulau Perhentian dan itulah tempat terakhir untuk sem ini.. Sekarang nie aku rasa begitu aman sedikit.. Setelah meninggalkan segala titik-titk hitam.. Rasa selesa dan aku memang berharap begini la selamanya.. Hahaha.. Tak payah fikir soal masalah orang.. Fikir diri sendiri.. Just buat apa yang kite suka.. Tak perlu fikir orang yang tak pernah berterima kasih.. Hahaha.. Ops terlebih sudah..

Lagi beberapa minggu aku akan mendapat cuti yang panjang.. Dalam empat bulan.. Selepas raya baru aku kembali kepada pelajaran aku.. Untung cuti lama2 nie.. Banyak aku nak cover balik..

Ok sebelum tuh aku nak ucapkan tahniah kepada abg aku no 2, Ahmad Ieme Ikhwan kerana telah mendapat ikatan tali pertunangan dengan bakal kakak ipar aku, kak za.. Walaupun aku tiada pada majlis tersebut aku yakin majlis tuh mesti mengembirakan hati kedua ibu bapa aku.. Kini hanya tinggal aku dan adik aku sahaja untuk bawah jagaan ibu bapa aku..

Sejujurnya aku bangga denga ma dan abah.. Menjaga, membesarkan kami tanpa pernah kenal jerit dan lelah.. Dan hati seorang ibu mana tidak akan tersentuh anak jagaannya selama 20 tahun akan berdikari suatu hari nanti.. Im proud with my parents..

Dengar kata bulan 6 nie mereka nak lansungkan perkahwinan.. Nasib baik aku cuti masa tuh.. Rasanya dah lama dah tak ada majlis besar2 kat umah aku.. Aku tak sabar menanti hari tersebut.. Teringat masa kakak dan abang sulung aku.. Seronok.. Apa-apa pong tahniah.. Semoga abg mie terus berfikiran matang dan menjaga satu-satunya "harta" yang Allah bagi.. Amin.. Sebab adik is yakin abg mie dapat membimbing keluarga abg mie seperti mana abah dan ma menjaga kita..

Lepas abg mie aku kahwin giliran seterusnya aku adalah AKU.. Alamak.. Takutnya.. Bersediakah aku?? Aku tak tahu macam mana dan apa yang aku cari.. Sebab lidah itu mudah berbicara, perit deritanya tiada yang rasa.. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. :)